Duci Brunswick-Lüneburg

Kadipaten Brunswick-Lüneburg (Jerman: Herzogtum Braunschweig und Lüneburgcode: de is deprecated ), atau lebih tepat Kadipaten Brunswick dan Lüneburg, adalah sebuah kadipaten yang pernah wujud pada Zaman Pertengahan Akhir hingga era Moden Akhir di dalam Empayar Suci Rom, sehingga ia dibubarkan. Kadipaten ini terletak di barat laut Jerman moden. Namanya berasal daripada dua buah bandar terbesar di dalam wilayah ini: Brunswick dan Lüneburg.Kerajaan ini muncul pada tahun 1235 daripada tanah-tanah allodial milik Kerabat Welf di Saxony dan dianugerahkan sebagai sebuah fief imperial kepada Otto the Child, cucu lelaki kepada Henry si Singa. Kadipaten ini dibahagikan beberapa kali pada Zaman Pertengahan di antara pelbagai jurai Kerabat Welf, akan tetapi setiap pemerintah dikenali sebagai "Duke Brunswick-Lüneburg" selain gelaran peribadi mereka sendiri.[1][2] Menjelang tahun 1692, wilayah-wilayah ini disatukan kepada dua: Elektorat Brunswick-Lüneburg (biasanya dikenali dengan Elektorat Hanover) dan Prinsipaliti Brunswick-Wolfenbüttel.Pada tahun 1714, cabang Hanover dalam keluarga ini menggantikan takhta Great Britain, yang mana mereka memerintah sebagai kesatuan peribadi dengan Hanover sehingga tahun 1837. Atas sebab ini, banyak kota dan wilayah di dalam bekas jajahan Britain telah dinamakan bersempena dengan Brunswick atau Lüneburg. Kerabat Hanover tidak pernah memerintah Brunswick ketika mereka memegang takhta Britain, di sebabkan kerana bandar ini merupakan sebahagian daripada Brunswick-Wolfenbüttel yang berjiran. Selepas Kongres Vienna pada tahun 1814/15, wilayah Brunswick-Lüneburg menjadi Kerajaan beraja Hanover dan Kadipaten Brunswick.

Duci Brunswick-Lüneburg

Status Kadipaten
• Henry si Singa dikalahkan; Saxony dibahagikan 1180

1181
• Grubenhagen diasaskan 1291
• Penamat Empayar Suci Rom 1806
Era Sejarah Zaman Pertengahan
Ibu negara Braunschweig
Lüneburg
• Allod dinaikkan menjadi Kadipaten Brunswick dan Lüneburg 1235
Kerajaan Kadipaten
• Dipecahkan kepada Lüneburg dan Brunswick 1269
• Brunswick terpecah kepada Wolfenbüttel dan Calenberg 1432
Sekarang sebahagian dari Jerman
Mata wang Goldgulden, thaler, pfennig
• Göttingen diasaskan 1345
Bahasa yang umum digunakan Jerman Hilir Barat